PEGAWAI


PENGENALAN

 

Penubuhan Pasukan Institusi Pertahanan Awam Kolej Komuniti Malaysia (PISPA) sebagai landasan kepada jabatan untuk melahirkan anggota yang berkepimpinan, berkelayakan dan profesional dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Penyelaras PISPA akan membantu ahli-ahli PISPA KKTB untuk menyertai latihan dan didikan daripada pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Melalui penyertaan ahli-ahli PISPA KKTB ianya mampu menanam semangat bertanggungjawab berperikemanusiaan, taat setia dan cintakan negara serta menyemarakkan semangat patriotisme


PERANAN

BERPENGETAHUAN

  • Menyebar dan mendidik pelajar mengenai langkah-langkah keselamatan diri dan orang awam serta membentuk keperibadian mereka untuk menjadi seorang individu yang berpengetahuan dalam ilmu Pertahanan Awam.

SURI TAULADAN

  • Menjadi pemangkin kepada kesedaran keselamatan orang awam melalui ilmu Pertahanan Awam yang diterapkan dan diaplikasikan di peringkat Institusi Pendidikan.

BERINTEGRITI

  • Melahirkan pelajar yang mampu berkhidmat dengan APM sebagai Pegawai Pasukan yang berkepimpinan, bertanggungjawab, dan berkelayakan dalam melaksanakan tugas.

PATRIOTISME

  • Menanam semangat kerjasama, bertanggungjawab, berperikemanusiaan, taat setia dan cintakan negara serta semangat patriotisme.

KEANGGOTAAN PISPA

 

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;

  2. Pelajar-pelajar yang berdaftar secara sepenuh masa di Institusi Pendidikan

  3. Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan fizikal (pengesahan pegawai perubatan jika diperlukan)


Hak Cipta Terpelihara © 2023 Unit Pembangunan Pelajar Kolej Komuniti Tangga Batu

Kolej Komuniti Tangga Batu Kementerian Pendidikan Tinggi

Create Your Own Website With Webador