PEGAWAI 


PENGENALAN

 

Pegawai Pembangunan Pelajar Kolej Komuniti Tangga Batu diamanahkan untuk membangunkan pelajar melalui khidmat sokongan pelajar dalam aspek akademik, bukan akademik dan kokurikulum.


PERANAN

Bertanggungjawab mengurus hal kebajikan am pelajar

  • Menguruskan surat pengesahan pelajar untuk rawatan pelajar jika diperlukan.
  • Memaklumkan kematian dan kemalangan pelajar kepada pihak-pihak tertentu.
  • Menyediakan maklumat penginapan luar kampus kepada pelajar
  • Menguruskan insurans pelajar melalui Plan Keluarga Berkelompok.
  • Mengemukakan sebarang tuntutan yang berkaitan sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang dilindungi dalam sijil insurans yang diambil
  • Pelajar Kolej Komuniti yang layak akan ditawarkan Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) dan pelajar boleh mendapatkan bantuan kewangan daripada pihak penaja atau pembiayaan lain seperti Yayasan Negeri, Baitulmal, Zakat Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Elaun Khas Pelajar Kelainan Upaya (PKU), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan sebagainya tertakluk kepada peraturan dan syarat
  • Pelajar boleh mendapatkan bimbingan daripada Penyelaras Biasiswa mengenai tatacara dan maklumat untuk mendapatkan bantuan kewangan

Bertanggungjawab mengurus hal berkaitan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

  • Memastikan PRK KKTB dijalankan setiap tahun
  • Memastikan JPP dilantik diberi pendedahan aspek kepimpinan organisasi
  • Menjadikan JPP berfungsi sebagai ejen kesinambungan penyampaian maklumat antara pihak pengurusan dan pelajar

Bertanggungjawab menghasilkan graduan TVET berkualiti

  • Merancang dan menjalankan aktiviti yang mampu menjadikan pelajar bercirikan insaniah, global & kebolehpasaran tinggi
  • Memastikan penyertaan pelajar dalam aktiviti kesukarelawan dan kemasyarakatan
  • Mengembangkan potensi diri melalui penyertaan dalam pertandingan apa jua peringkat 

Bertanggungjawab menguruskan disiplin pelajar

  • Merancang dan melaksanakan takwim aktiviti disiplin kolej
  • Menyelia pelanggaran peraturan yang dilakukan pelajar

Bertanggungjawab menguruskan aktiviti kelab/persatuan

  • Menguruskan penubuhan kelab/persatuan 
  • Memastikan pengurusan kelab/persatuan berdasarkan garis panduan JPPKK
  • Menyelia aktiviti yang dianjurkan atau disertai oleh kelab/persatuan

TAKWIM PERANCANGAN AKTIVITI

Hak Cipta Terpelihara © 2023 Unit Pembangunan Pelajar Kolej Komuniti Tangga Batu

Kolej Komuniti Tangga Batu Kementerian Pendidikan Tinggi

Create Your Own Website With Webador