PEGAWAI


PENGENALAN

 

Dasar Pengurusan Disiplin adalah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi. Seseorang pelajar adalah tertakluk kepada Akta 174 Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 dan pindaan-pindaannya dibaca bersama Buku Panduan Disiplin Pelajar Kolej Komuniti. 


PERANAN

 

  • Memberi taklimat berkenaan Akta 174 Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 

  • Memberi penerangan dan mengedarkan Buku Panduan Dan Peraturan AM Pelajar Kolej Komuniti

  • Menguruskan salahlaku pelajar sama ada disiplin atau tatatertib

  • Memastikan dokumen Aku Janji Pelajar lengkap dan disimpan dengan baik sepanjang tempoh pengajian pelajar

  • Merancang program pemerkasaan dan penguatkuasaan disiplin

  • Kolaborasi bersama agensi luar untuk memantapkan sahsiah pelajar


AKTA 174 

 

Akta 174 Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 merupakan sumber rujukan utama kepada semua institusi pendidikan tinggi. Antara perkara terkandung dalam Akta 174 termasuklah tafsiran, bidangkuasa institusi dalam penguatkuasaan denda dan hukuman, aktiviti pelajar dan lain-lain lagi. 

 

PAUTAN


BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU 

 

Buku Panduan Disiplin Pelajar Kolej Komuniti Tangga Batu (KKTB) Edisi 1 Tahun 2023 merupakan rujukan utama kepada semua warga KKTB dalam memperkasakan disiplin para pelajar. Buku ini berpandukan kepada Akta 174 dan Garis Panduan Pengurusan Hal Ehwal Pelajar Kolej Komuniti yang disesuaikan mengikut keperluan dan kesesuaian KKTB.

 

 


Hak Cipta Terpelihara © 2023 Unit Pembangunan Pelajar Kolej Komuniti Tangga Batu

Kolej Komuniti Tangga Batu Kementerian Pendidikan Tinggi

Create Your Own Website With Webador