BORANG PELAJAR 


BORANG KEHADIRAN PELAJAR

Para pelajar KKTB boleh mengimbas Kod QR atau klik pada pautan diberikan setiap kali menghadiri perjumpaan / aktiviti yang dianjurkan oleh  Unit Pembangunan Pelajar.

 

KOD QR


BORANG PENGESAHAN PELAJAR

 

Sekiranya terdapat pelajar yang ingin memohon Surat Pengesahan Pelajar diminta untuk mengisi maklumat diperlukan melalui pautan dibawah. Sila ambil maklum bahawa proses penyediaan Surat Pengesahan Pelajar dalam tempoh selewatnya DUA hari bekerja dari tarikh permohonan atau bergantung kepada keberadaan pegawai di institusi. 

 

 

KOD QR


BORANG LEPAS TANGGUNG

Pelajar yang ingin menyertai aktiviti di luar institusi hendaklah mengisi Borang Lepas Tanggung dalam DUA salinan. Kemudian menyerahkannya kepada pegawai yang mengelolai aktiviti tersebut sebelum program berlangsung. 

 

 

 

KOD QR


BORANG RAWATAN PELAJAR

Pelajar yang mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan kerajaan boleh memohon Surat Akuan / Pengesahan untuk mendapatkan rawatan tersebut. Sila ambil maklum bahawa proses penyediaan Surat Akuan / Pengesahan dalam tempoh selewatnya DUA hari bekerja dari tarikh permohonan atau bergantung kepada keberadaan pegawai di institusi. 

 

 

 

KOD QR


BORANG ADUAN KESALAHAN SALAHLAKU 

Kepada warga KKTB yang ingin membuat aduan berkaitan salahlaku disiplin bolehlah berbuat demikian melalui pautan disediakan. Anda disarankan terlebih dahulu untuk merujuk kod kesalahan dalam Buku Panduan Disiplin Pelajar KKTB sebelum mengisi borang aduan. 

 

 

 

 

KOD QR


BORANG BKPKK

Para pelajar SPL 1 dan SPL 2 yang ingin memohon Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) boleh muat turun borang melalui akses yang disediakan di bawah. Kemudian anda diminta untuk membaca panduan am mengisi BKPKK.

 

 

BORANG PERMOHONAN BKPKK
PDF – 1.1 MB 27 downloads

SURAT PERMOHONAN PENGECUALIAN KETIDAKHADIRAN AKTIVITI KOLEJ

Para pelajar yang ingin memohon PENGECUALIAN daripada menghadiri / menyertai  aktiviti dianjurkan oleh pihak Kolej Komuniti Tangga Batu boleh muat turun Surat Permohonan Pengecualian Ketidakhadiran Aktiviti atau mengisi maklumat di Google Form  melalui Kod QR atau pautan disediakan. Sila cetak surat permohonan yang telah diemelkan setelah anda selesai memberikan semua butiran maklumat. Dapatkan tandatangan Pegawai Pelulus iaitu Timbalan Pengarah ,Pegawai Pembangunan Pelajar atau Ketua Program. Hantar surat permohon sebelum bermula aktiviti. Hanya permohonan yang diluluskan sahaja akan diberikan pengecualian ketidakhadiran.

 

 

KOD QR                                                      PDF                                                              PAUTAN URL

PERMOHONAN PENGECUALIAN KETIDAKHADIRAN AKTIVITI KOLEJ
PDF – 84.5 KB 23 downloads

Hak Cipta Terpelihara © 2023 Unit Pembangunan Pelajar Kolej Komuniti Tangga Batu

Kolej Komuniti Tangga Batu Kementerian Pendidikan Tinggi