PROGRAM IHYA RAMADAN 2024

Tarikh : 13 Mac - 04 April 2024

Peserta : SPL 2 & Staf KKTB

Penyelaras Program : En Mohd Rozaini Bin Ahmad

Sinopsis Aktiviti :

Program yang mula dilaksanakan pada 13 Mac dengan aktiviti Solat Zuhur Berjemaah Di KKTB setiap hari Isnin, Selasa & Khamis yang dikendalikan oleh pelajar sebagai imam dan bilal mampu mengasah bakat pelajar aspek kepimpinan. Di samping itu, aktiviti Masjid Tour yang dilaksanakan setiap hari Rabu sepanjang Ramadan pula telah memberi pendedahan kepada pelajar yang sedang mengikuti Program Pengembaraan Pelancongan di KKTB berkaitan masjid yang menjadi tumpuan pelancong baik dari dalam atau luar negara di Melaka. Ianya sejajar dengan hasrat kerajaan negeri Melaka yang giat mempromosikan Melaka sebagai destinasi pelancongan mesra-Muslim bagi menarik kehadiran pelancong dalam sub sektor pelancongan agama.

Bagi memberikan program Ihya Ramadan kali ini memberikan impak yang besar kepada warga KKTB amnya dan Kolej Komuniti Melaka khususnya, aktiviti Quran Hour Peringkat Kolej Komuniti Melaka 2024 telah dilaksanakan pada 29 Mac berkonsepkan hibrid. Aktiviti yang dianjurkan secara bersama oleh enam buah Kolej Komuniti Melaka dan dikelolai oleh KKTB sebagai penganjur utama. Seramai 301 penyertaan dari enam buah warga Kolej Komuniti Melaka antaranya Kolej Komuniti Tangga Batu, Kolej Komuniti Kota Melaka, Kolej Komuniti Masjid Tanah, Kolej Komuniti Bukit Beruang, Kolej Komuniti Selandar dan Kolej Komuniti Jasin. Manakala Qari bagi aktiviti tersebut merupakan pelajar KKTB yang mempunyai latar belakang hafiz al Quran dan memilih institusi TVET sebagai laluan pendidikan tinggi mereka.

Seterusnya, pendekatan kluster kesukarelawan dianjurkan KKTB bagi Ramadan tahun ini diubah daripada bentuk khidmat masyarakat kepada program pembabitan masyarakat. Aktiviti yang diberi nama Infak Kasih Ramadan melibatkan komuniti Surau An-Naim dan komuniti Taman Sayang Selasih bersama warga KKTB menghasilkan biskut raya untuk diserahkan kepada Rumah Anak Yatim Sultan Sultan Abdul Aziz Shah Al-haj (RAYSAS). Tambahan lagi, KKTB juga bekerjasama dengan pihak jawatankuasa Surau An-Naim untuk membuat kutipan sumbangan duit raya yang diserahkan kepada penghuni RAYSAS. Majlis penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Pengarah KKTB, Puan Sharini Bt Zakaria. 


PROGRAM TRANSFORMATION WITH 1 SMILE TOGETHER "TWIST"

Tarikh : 06 Mac 2024

Peserta : SPL 2 & Staf KKTB

Penyelaras Program : En Mohd Rozaini Bin Ahmad

Sinopsis Aktiviti : Program ini akan dilaksanakan memfokuskan penglibatan semua pelajar KKTB. Namun staf KKTB juga dialu-alukan untuk mengikuti program ini. Selain itu, program ini adalah kerjasama diantara Jabatan Kesihatan Negeri Melaka melalui Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Melaka Tengah dan Kolej Komuniti Tangga Batu. Antara aktiviti yang dilaksanakan ceramah, aktiviti interaktif, pemeriksaan dan rawatan pergigian.


PROGRAM "LITTER PICKING/ PLOGGING", BANDARAYA EKOSISTEM BERSIH ASPIRASI SEMUA (BEBAS)

 

Tarikh : 01 Mac 2024

Peserta : SPL 2 & Staf KKTB

Penyelaras Program : Pn Nur Hazirah Bt Saliman

Sinopsis Aktiviti : Program adalah anjuran anjuran Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandaraya MBMB yang berlangsung di Sekitar SDG Park Melaka Sentral menyusuri tepian Sungai Melaka batu Hampar dan kemabli ke SDG Park. Seramai 15 sukarelawan dari KKTB yang turut serta pada malam tersebut. Program ini diketuai oleh Datuk Bandar MBMB, Datuk Hj Shadan Bin Hj Othman. 


PROGRAM FREE MARKET 

 

Tarikh : 18 Februari 2024

Peserta : SPL 2 & Staf KKTB

Penyelaras Program : Pn Nur Hazirah Bt Saliman

Sinopsis Aktiviti : Program adalah anjuran sebuah badan bukan kerajaan Sharity dan Masjid Al Aminin Batang Tiga dengan kerjasama BriSK KKTB. Pelbagai aktiviti dianjurkan antaranya anyaman ketupat, pameran pendidikan, khidmat nasihat guaman dan sumbangan pakaian kepada orang ramai. Selain itu, turut diadakan aktiviti kanak-kanak iaitu mewarna, dekorasi kek dan meniup balon gergasi. Melalui penyertaan KKTB dalam prpgram kemasyarakatan seperti ini ianya telah membantu mempromosikan KKTB kepada masyarakat di sekitar Klebang. 


LATIHAN ASAS PASUKAN INSTITUSI PERTAHANAN AWAM (PISPA)

 

Tarikh : 23 - 25 Februari 2024

Peserta : SPL 2 

Penyelaras Program : Pn Salina Bt Hassan

Sinopsis Aktiviti :Melatih pelajar dalam ilmu pertahanan awam merangkumi pertolongan cemas, melawan kebakaran & menyelamat. Selain itu, pelajar diterapkan displin yang tinggi untuk menganggotai badan beruniform. Salah seorang pelajar KKTB dianugerahkan sebagai pelatih contoh pada sesi latihan kali ini. 


PILIHAN RAYA KAMPUS KKTB 2024

 

Tarikh : 22 Februari 2024

Masa : 08:00 Pagi - 02:00 Petang

Peserta : SPL 2 & SPL 4

Pengarah Program : Pn Suhaila Bt Abdul Hadi

Sinopsis Aktiviti : Telah berlangsung proses Pilihan Raya Kampus KKTB 2024 dengan jayanya pada tahun ini. Aktiviti bermula dengan proses penamaan calon, berkempen dan hari pengundian. Seterusnya adalah mMajlis Pelantikan Watikah JPP KKTB di Dewan KKTB. Dalam majlis ini, para JPP telah menandatangani dan melafazkan ikrar dihadapan pengurusan tertinggi dan staff akademik. Semoga JPP KKTB dapat memberikan impak yang cemerlang kepada semua pelajar. 


PERJUMPAAN PELAJAR BERSAMA UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

 

Tarikh : 22 November 2023

Penyelaras Program : En Mohd Rozaini Ahmad

Sinopsis Program : Satu perjumpaan pelajar bersama Unit Pembangunan Pelajar KKTB telah diadakan di Dewan KKTB. Dalam perjumpaan ini, beberapa agenda telah disampaikan kepada para pelajar. Antaranya penyertaan pelajar dalam beberapa aktiviti/program yang bakal berlangsung pada 24 hingga 26 November. Selain itu, penerangan beberapa peraturan am terkandung dalam Buku Panduan Disiplin Pelajar KKTB. 


PROGRAM SOLIDARITI UNTUK PALESTIN

 

Tarikh : 03 November 2023

Penyelaras Program : En Mohd Rozaini Ahmad

Sinopsis Program : Telah berlangsung Program Solidariti Untuk Palestin sempena Kempen Tabung Kemanusiaan Palestin POLYCC. Kutipan tabung kempen tersebut telah dilancarkan oleh Pengarah KKTB pada 30/10/2023. Seterusnya pada 03/11/2023 disusuli aktiviti Bacaan Surah Yaasin dan Doa Munajat. Kemuncak bagi program ini adalah Ceramah Solidariti Untuk Palestin yang disampaikan oleh Ts. Dr. Mohamad Fani Bin Sulaima (Pengurus MyCARE Melaka). Sesi ceramah yang dijalankan secara atas talian ini turut dihadiri oleh Kolej Komuniti Kota Melaka, Kolej Komuniti Jasin, Kolej Komuniti Selandar dan Kolej Komuniti Rembau. Diharapkan dengan adanya program yang dianjurkan ini mampu memberi kefahaman kepada semua warga Kolej Komuniti berkenaan situasi semasa yang berlaku di Palestin. Selain itu, memberi kesedaran kepada diri pelajar pentingnya keamanan dan keburukan peperangan. 


PROGRAM TAKLIMAT AKTIVITI SUKARELAWAN BERSAMA YAYASAN IKHLAS 

 

Tarikh : 11 Oktober 2023

Penyelaras Program : Pn Nur Hazirah Saliman

Sinopsis Program : Program ini sebagai satu inisiatif BriSK KKTB untuk mendedahkan aktiviti kesukarelawanan dalam kalangan pelajar KKTB yang dianjurkan oleh Yayasan Ihklas. Di samping itu, ianya sebagai langkah permulaan untuk BriSK KKTB menjalinkan usaha kerjasama dan merancang program-program kesukarelawanan bersama NGO pada masa akan datang. 


PROGRAM PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 

 

Tarikh : 08 Oktober 2023

Penyelaras Program : En Mohd Rozaini Ahmad

Sinopsis Program : Program ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Surau An Naim Taman Sayang Selasih. Hasil kolaborasi Unit Pembangunan Pelajar KKTB dan Jawatankuasa Surau An Naim telah membentuk satu kontinjen bagi menyertai perarakan  tersebut. Turut bersama-sama menyertai program ini ialah Puan Sharini Zakaria (Pengarah KTTB) dan Encik Azharudin Ahmad (Timbalan Pengarah KKTB). Pendedahan awal aktiviti komuniti kepada Mahasiswa KKTB diharapkan dapat bukan sahaja dapat membentuk mereka sebagai pelajar cemerlang bahkan menjadi pemimpin pelapis yang prihatin.


PROGRAM DEMONSTRASI KESELAMATAN KEBAKARAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (JBPM)

 

Tarikh : 05 Oktober 2023

Penyelaras Program : Pn Noorezreena Abdul Karim

Sinopsis Program : Unit Latihan & Perkembangan Staff dengan kerjasama Unit Pembangunan Pelajar KKTB telah menganjurkan program keselamatan berkaitan kebakaran kepada semua warga KKTB. Program dimulkan dengan ceramah keselamatan kebakaran dan disusuli dengan latihan serta demonstrasi kebakaran melibatkan pasukan Bomba Dan Penyelamatan Tangga Batu. Terima kasih diucapkan kepada pasukan Bomba Dan Penyelamat Tangga Batu diatas perkongsian ilmu berkaitan keselamatan kebakaran. 


PERTANDINGAN EXPLORACE SEMPENA WELLNESS MONTH PERINGKAT NEGERI MELAKA

 

Tarikh : 24 September 2023

Penyelaras Program : En Ramli Mohamed

Sinopsis Program : Enam orang pelajar KKTB telah menyertai Pertandingan Explorace Sempena Wellness Month Peringkat Negeri Melaka. Tahnianh dan sayabas diucapkan kepada para pelajar ini  yang telah berjaya merangkul naib johan dalam pertandingan tersebut. Sesungguhnya melalui program sebegini mampu mengcungkil bakat dan mengasah kemahiran berfikir para pelajar KKTB. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak penganjur iaitu Jabatan Kesihatan Negeri Melaka kerana sudi menjemput KKTB dalam pertandingan ini.


BANTUAN SEKARELAWAN BAGI PROGRAM BERMALAM DI MUZIUM SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA

 

Tarikh : 22 & 23 September 2023

Penyelaras Program : Pn Nur Hazirah Saliman 

Sinopsis Program : PERZIM sebagai pengajur utama telah menjemput para sukarelawan dari kalangan pelajar IPTA dan IPTS untuk program ini. Oleh itu BriSK KKTB telah menghantar 08 orang sukarelawan pelajar menyertai program ini. Ianya mampu memupuk semangat kerjasama dan kesukarelawanan dalam kalangan peserta. 


SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2023 PERINGKAT TAMAN SAYANG SELASIH KLEBANG BESAR

 

Tarikh : 17 September 2023

Penyelaras Program : Pn Nur Hazirah Saliman 

Sinopsis Program : Persatuan Penduduk Taman Sayang Selasih telah mengadakan Sambutan Hari Kebangsaan 2023 peringkat komuniti dan disertai oleh para pelajar Kolej Komuniti Tangga Batu. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan dan disertai oleh para pelajar Kolej Komuniti Tangga Batu. Antaranya mewarna, ceramah keselamatan dan gotong royong. Melalui penglibatan para pelajar KKTB dalam aktiviti komuniti setempat bukan sahaja mendedahkan pelajar dengan aktiviti kemasyarakatan malahan dapat meningkatkan kemahiran bersosial dan mengeratkan hubungan komuniti bersama institusi KKTB. Pihak KKTB merakamkan jutaan terima kasih kepada Persatuan Penduduk Taman Sayang Selasih yang sudi menjemput para pelajar KKTB untuk bersama-sama menjayakan aktiviti ini. 


LATIHAN MEDAN & LATIHAN BERPUSAT PISPA KOLEJ KOMUNITI NEGERI MELAKA & NEGERI SEMBILAN TAHUN 2023

 

Tarikh : 5 - 7 September 2023

Penyelaras Program : Pn Salina Hassan

Sinopsis Program : Pasukan lnstitusi Pertahanan Awam (PISPA) Kolej Komuniti Negeri Melaka & Negeri Sembilan kolaborasi bersama Angkatan Pertahanan Awam Negeri Melaka sebagai penganjur bagi program ini. Peserta terdiri daripada Pasukan lnstitusi Pertahanan Awam (PISPA) Kolej Komuniti Negeri Melaka & Negeri Sembilan. Aktiviti ini sebagai persediaan untuk Pertandingan Kemahiran HiPA 6.0 Tahun 2023 di Kelantan pada 10 hingga 12 Oktober 2023. Latihan ini melibatkan kemahiran dan kecergasan.


PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2023

 

Tarikh : 29 Ogos - 13 September 2023

Penyelaras Program : En Mohd Rozaini Ahmad 

Sinopsis Program : Kolej Komuniti Tangga Batu telah menganjurkan program Sambutan Bulan Kebangsaan 2023 bagi menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Kebangsaan pada tahun ini. Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah dirancang dan disusun kepada warga KKTB. Antaranya perasmian bulan kebangsaan, kayuhan merdeka & kibar Jalur Gemilang. Bagi pertandingan pula seperti melukis dan mewarna Jalur Gemilang, kuiz bulan kebangsaan dan pertandingan poster canva hari kebangsaan. 


HARI PENDAFTARAN DAN SUAI KENAL PELAJAR BAHARU SESI I 2023/2024

 

Tarikh : 21 - 23 Ogos 2023

Penyelaras Program : Pn Nur Zaidatul Akmar Umar & En Mohd Rozaini Ahmad 

Sinopsis Program : Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi I 2023/2024 telah dilaksanakan pada 21 Ogos 2023. Seramai 14 orang pelajar baharu semester 1 telah mendaftar. Mereka terdiri daripada 10 orang pelajar perempuan dan 4 orang pelajar lelaki. Setelah selesai mendaftarkan diri, bermulalah Hari Suai Kenal (HSK) pada 22 & 23 Ogos 2023. Antara pengisian dalam HSK ialah slot taklimat dan aktiviti bersama JPP. Majlis Penutup HSK disempurnakan oleh Pengarah KKTB iaitu Puan Sharini Zakaria. Selamat datang diucapkan kepada semua pelajar baharu Sesi I 2023/2024. 

 


NX113 OLYMPIC DISTANCE TRIATHLON MELAKA 2023

 

Tarikh : 20 Ogos 2023

Masa : 03:00 Petang

Peserta : SPL 2

Penyelaras Program : Pn Nur Hazirah Saliman

Sinopsis Program : Program ini merupakan acara sukan antarabangsa gabungan dua disiplin ketahanan berterusan dan berturut-turut iaitu renang dan lari. Acara ini adalah anjuran Eventure Global dengan sokongan MBMB & PPSPM. Seramai 09 orang pelajar dan 04 orang staf KKTB bertugas sebagai sukarelawan bagi aktiviti ini. Sesungguhnya dengan adanya acara seperti ini pelajar dapat mengaplikasikan ilmu dibilik kuliah ke dalam situasi sebenar. 

 


SANTAI ANAK MUDA

 

Tarikh : 29 Mei 2023

Masa : 03:00 Petang

Peserta : SPL 2

Penyelaras Program : En Mohd Rozaini Ahmad 

Sinopsis Program : Program ini anjuran Jabatan Penerangan Melaka Tengah bagi menerangkan berkenaan Berita Palsu 3R kepada para pelajar. Ianya memberi input tambahan kepada para pelajar KKTB supaya cakna dengan isu yang berlaku dalam negara. 

 

 


PROGRAM KASIH RAMADHAN

 

Tarikh : 11 April 2023

Masa : 03:00 Petang

Peserta :  SPL 2

Penyelaras Program : Pn Nur Hazirah Saliman

Sinopsis Program : Aktiviti ini merupakan kerjasama Unit PSH dan BriSK. Para pelajar bersama - sama menyediakan kuih raya untuk disumbangkan kepada Lembaga Pengurusan & Kebajikan Anak Yatim Miskin (PAYASUM). Ianya mampu memupuk sara keprihatinan dan mengeratkan hubungan antara pelajar KKTB dan agensi luar. Selain itu, dapat menyemarakkan semangat kesukarelawanan  dalam kalangan pelajar. 

 

 


KUIZ RAMADHAN 1444H/2023

 

Tarikh : 29 Mac 2023

Masa : 03:00 Petang

Peserta :  SPL 2

Penyelaras Program : En Mohd Rozaini Ahmad

Sinopsis Program : Aktiviti ini antara intipati Program Ihya' Ramadhan 1444H KKTB. Kesemua peserta dari pelajar SPL 2. Kuiz ini bertujuan meningkatkan penguasaan ilmu berkaitan puasa dan ianya juga satu kaedah ulangkaji berkaitan ibadat puasa. 

 


PROGRAM LITERASI KEWANGAN AKPK DAN JPPKK : MALAYSIA BOOK OF RECORD

 

Tarikh : 14-16 Mac 2023

Masa : 08:00 Pagi - 04:00 Petang

Peserta :  SPL 2

Penyelaras Program : Pn Siti Murni Bt Mat Ali

Sinopsis Program : Program ini kerjasama AKPK dan JPPKK sempena Global Money Week 2023. Ianya melibatkan semua institusi POLYCC diseluruh negara melaksanakan program secara serentak. Objektif utama untuk meningkatkan kesedaran berkaitan pengurusan kewangan dalam kalangan para pelajar POLYCC. 

 

 


PROGRAM MEMBUDAYAKAN GAYA HIDUP SIHAT MELALUI AKTIVTI SUKAN RENANG

 

Tarikh : 14-16 Mac 2023

Masa : 08:00 Pagi - 04:00 Petang

Peserta :  SPL 2

Pengarah Program : Pn Nurul 'Ain Shatar 

Sinopsis Aktiviti : Telah berlangsung aktiviti membudayakan gaya hidup sihat melalui sukan renang di Pusat Akuatik Hang Jebat. Program ini sebagai memenuhi keperluan kursus dan sejajar dengan merealisasikan Agenda Nasional Malaysia Sihat. 

 

 


MAJLIS PROGRAM GEROBOK REZEKI KKTB 2023

 

Tarikh : 10 Mac 2023

Masa : 11:00 Pagi - 12:00 Tengahari

Peserta : Warga KKTB & SPL 2

Pengarah Program : En. Mohd Rozaini Ahmad

Sinopsis Aktiviti : Telah berlangsung Majlis Program Gerobok Rezeki KKTB 2023 yang dorasmikan oleh Tn Pengarah KKTB En Khairul Anuar Muhamad di Bilik E TECH . Dalam ucapannya, Tn Pengarah menyeru semua pihak untuk bersama-sama membantu menjayakan Gerobok Rezeki KKTB ini supaya dapat membantu meringankan kos sara hidup para pelajar sekalian. Turut berlangsung penyerahan inisiatif makanan asasi dan pelancaran Tabung Gerobok Rezeki KKTB. 

 

 


MAJLIS PELANTIKAN WATIKAH JAWATANKUASA PENGURUSAN PELAJAR

 

Tarikh : 10 Mac 2023

Masa : 08:00 Pagi - 11:00 Pagi

Peserta : SPL 2

Pengarah Program : En. Azharudin Ahmad / Pn. Irdayani Md Yusof / Pn. Siti Murni Mat Ali

Sinopsis Aktiviti : Telah berlangsung Majlis Pelantikan Watikah JPP KKTB di Dewan KKTB. Dalam majlis ini, para JPP telah menandatangani dan melafazkan ikrar dihadapan pengurusan tertinggi dan staff akademik. Semoga JPP KKTB dapat melaksanakan program yang bermanfaaat kepada semua pelajar. 

 

 


LATIHAN ASAS PASUKAN INSTITUSI PERTAHANAN AWAM KKTB DI KOLEJ KOMUNITI JASIN

 

Tarikh : 03 - 05 Mac 2023

Masa : 08:00 Pagi - 05:00 Petang

Peserta : SPL 2

Pensyarah Pengiring : Pn. Salina Bt Hasan

Sinopsis Program : PISPA Kolej Komuniti ditubuhkan bagi menerapkan nilai positif terutamanya kesukarelawanan dalam unit beruniform. Penyertaan para pelajar SPL 2 dalam kursus ini mabgi mendapatkan sijil pengesahan tamat kursus serta Kad Anggota Pertahanan Awam Malaysia. Seramai 56 orang peserta dari empat buah Kolej Komuniti Melaka tealh menjayakan kursus ini.

 


PROGRAM TABURKAN JASA SEMAIKAN BUDI DI TABIKA KEMAS KLEBANG KECIL

 

Tarikh : 17 & 18 Februari 2023

Masa : 08:00 Pagi - 05:00 Petang

Peserta : SPL 2

Pengarah Program : Pn. Nur Hazirah Bt Saliman

Sinopsis Program : Khidmat masyarakat yang dilaksanakan ini sebagai suatu usaha Penyelaras BriSK untuk menerapkan elemen kesukarelawanan  melalui aktiviti kemasyarakatan. Bertitik tolak dari hal demikian, maka terlaksanalah aktiviti ini. Dengan penglibatan empat orang pensyarah bersama pelajar SPL 2 serta kakitangan Tadika KEMAS Klebang Kecil bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar dan bilik darjah tadika tersebut. 

 


MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJ KOMUNITI NEGERI SEMBILAN DAN MELAKA 2022


KURSUS ASAS PERTAHANAN AWAM PISPA KOLEJ KOMUNITI MELAKA 2022


SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2022 PERINGKAT KKTB 


SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT KRT TAMAN SAYANG SELASIH


KURSUS INTENSIF & HIMPUNAN PASUKAN INSTITUSI PERTAHANAN AWAM (HiPA) 5.0 


Hak Cipta Terpelihara © 2023 Unit Pembangunan Pelajar Kolej Komuniti Tangga Batu

Kolej Komuniti Tangga Batu Kementerian Pendidikan Tinggi

Create Your Own Website With Webador