PORTAL PEMBANGUNAN PELAJAR 

HEBAHAN INFORMASI TERKINI


LARIAN BOMBA 2024 MALAYSIA MADANI

 

Jabatan Bomba Negeri Melaka akan menganjurkan sukan larian. Semua pelajar dijemput untuk menyertai aktiviti tersebut. 

 

Maklumat lanjut / hubungi :

En Ramli Mohamed

Penyelaras Sukan KKTB


PROGRAM IHYA RAMADAN KKTB 2024

 

Semua pelajar dijemput untuk menyertai aktiviti yang telah dirancang oleh Unit Hal Ehwal Pelajar KKTB sepanjang Ramadan tahun ini. Bersamalah kita mengimarahkan Ramadan dengan amal kebaikan & kebajikan. 

 

Maklumat lanjut / hubungi :

En Mohd Rozaini AHmad

Peg Pembangunan Pelajar


PILIHAN RAYA KAMPUS KKTB 2024

 

Makluman kepada semua pelajar KKTB bahawa suatu Pilihan Raya Kampus (PRK) akan diadakan seperti maklumat dalam rajah dikongsikan. Sekiranya anda berminat untuk menjadi calon PRK KKTB 2024 bolehlah mendapatkan borang berkaitan dengannya. 

 

Maklumat lanjut / hubungi :

Pn Suhaila Bt Abdul Hadi

Penyelaras JPP


MAKLUMAN BANTUAN KEWANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU

 

Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) Sesi II 2023/2024 kini telah dibuka untuk dimohon oleh para pelajar yang layak bermula 15 Januari - 29 Februari 2024

 

Maklumat lanjut / hubungi :

En Mohd Rozaini Bin Ahmad 

Penyelaras BKPKK KKTB


PENDAFTARAN PANGKALAN DATA UTAMA (PADU)

 

Pangkalan Data Utama (PADU) adalah inisiatif penting di Malaysia yang bertujuan mengumpulkan profil individu dan isi rumah termasuk warganegara dan pemastautin tetap. Maklumat profil ini dikumpul melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber dan dikemas kini secara berkala. PADU direka untuk membantu kerajaan dalam melaksanakan dasar secara bersasar dan memastikan tiada penduduk yang tercicir daripada menerima bantuan atau inisiatif lain yang layak​​​​​​.

 

Pendaftaran dalam PADU boleh dilakukan secara online atau manual. Untuk pendaftaran online ;

  1. Pengguna perlu mengunjungi laman web rasmi PADU https://padu.gov.my/auth/daftar
  2. Mengisi maklumat peribadi
  3. Mengikuti langkah-langkah yang ditetapkan termasuk pengesahan identiti melalui e-KYC.
  4. Bagi pendaftaran manual, kerajaan menyediakan fasiliti di pejabat-pejabat daerah, pusat ekonomi digital, dan premis-premis agensi kerajaan untuk mereka yang menghadapi masalah capaian internet​​.

 

Anda juga boleh merujuk video manual pendaftaran PADU dengan KLIK pautan ini Video Pendaftaran PADU


PERMOHONAN KEMASUKAN KE POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI SESI II 2023/2024

 

Anda yang berminat untuk melanjutkan pengajian di Politeknik atau Kolej Komuniti dipelawa untuk memohon kemasukan bagi sesi pengajian II 2023/2024. Sebarang maklumat lanjut berkenaan prosedur permohonan boleh menghubungi Pegawai Pengambilan KKTB.

 

 


PROGRAM SOLIDARITI UNTUK PALESTIN

 

KKTB akan menganjurkan Program Solidariti Untuk Palestin pada 02 November 2023. Semua warga KKTB dijemput hadir bersama-sama bagi menyatakan sokongan kepada saudara di Palestin.

 

 


MAKLUMAN KEPADA PELAJAR BAHARU DAN PELAJAR SENIOR

 

Para pelajar KKTB boleh memuat turun Buku Panduan Disiplin Pelajar, Student's Hand Book dan Buku Pendaftaran & Hari Suai Kenal Pelajar Baharu pada pautan MUAT TURUN portal ini.

 

 


JOM MASUK KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU

 

Anda semua dipelawa untuk menyambung pengajian di Kolej Komuniti Tangga Batu dalam program Sijil Pengembaraan Pelancongan

 

Maklumat lanjut / hubungi :

Pn Nur Zaidatul Akmar Binti Umar

Pegawai Pengambilan

 


PENILAIAN DAN MAKLUM BALAS

Rating: 3.2857142857143 stars
7 votes

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ Cemerlang
⭐️⭐️⭐️⭐️ Baik
⭐️⭐️⭐️ Sederhana
⭐️⭐️ Lemah
⭐️ Sangat Lemah

Add comment

Comments

SITI SUHAILAH
4 months ago

Adanya website ini memudahkan urusan kami untuk mengisi borang tertantu dan dapat melihat info-info dari pegawai hal ehwal pelajar

AHMAD NURDEEN BIN AHMAD NAWAWI
4 months ago

sangat membantu memberikan info berkaitan hal - hal pelajar

MUHAMMAD NUR FAIZARUL HAKIM BIN MOHD SABRI
7 months ago

Ya

ADREANNA BATRIESYIA
a year ago

SAYA SEBAGAI PELAJAR SAYA DAPAT MEMPELAJARI BANYAK PERKARA DI KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU.

Hak Cipta Terpelihara © 2023 Portal Unit Pembangunan Pelajar Kolej Komuniti Tangga Batu

Kolej Komuniti Tangga Batu Kementerian Pendidikan Tinggi