PEGAWAI


PENGENALAN 

 

Aktiviti kesenian & kebudayaan yang dianjurkan meliputi segala kegiatan di dalam dan di luar bilik kuliah seperti sukan, badan uniform, kelab dan persatuan. Kegiatan harus mengandungi unsur-unsur perkembangan nilai yang boleh membantu proses pembentukan diri bagi menjadikan mereka warga negara yang lengkap dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Penyelaras Kesenian & Kebudayaan akan memastikan segala aktiviti yang dirancang bertujuan untuk para pelajar mengamalkan gaya hidup yang sihat disamping membentuk pelajar yang berketerampilan dan mempunyai semangat, jatidiri, dan berdisiplin serta bersedia menghadapi cabaran dan menjadikan satu aktiviti yang dapat mengisi masa lapang sepanjang pengajian di Kolej Komuniti Tangga Batu


OBJEKTIF 

 

  • Mengurus dan menganjurkan aktiviti berbentuk kesenian & kebudayaan

  • Menyelia penyertaan pelajar dalam aktiviti kesenian & kebudayaan sama ada di dalam institusi atau jemputan luar

  • Kolaborasi bersama unit / jabatan /agensi untuk menjayakan aktiviti berbentuk kesenian & kebudayaan 


Hak Cipta Terpelihara © 2023 Unit Pembangunan Pelajar Kolej Komuniti Tangga Batu

Kolej Komuniti Tangga Batu Kementerian Pendidikan Tinggi

Create Your Own Website With Webador