PEGAWAI 


PENGENALAN

 

Pegawai Pembangunan Pelajar Kolej Komuniti Tangga Batu diamanahkan untuk membangunkan pelajar melalui khidmat sokongan pelajar dalam aspek akademik, bukan akademik dan kokurikulum.


PERANAN

Bertanggungjawab mengurus hal kebajikan am pelajar

  • Menguruskan surat pengesahan pelajar untuk rawatan pelajar jika diperlukan.

  • Memaklumkan kematian dan kemalangan pelajar kepada pihak-pihak tertentu.

  • Menyediakan maklumat penginapan luar kampus kepada pelajar.

Bertanggungjawab mengurus hal berkaitan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

Mengurus hal-hal berkaitan insurans pelajar

  • Menguruskan insurans pelajar melalui Plan Keluarga Berkelompok.

  • Mengemukakan sebarang tuntutan yang berkaitan sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang dilindungi dalam sijil insurans yang diambil.

Menghasilkan graduan TVET berkualiti

  • Mengadakan Hari Suai Kenal

  • Menganjurkan porgram ilmiah dan pemantapan sahsiah diri

  • Melibatkan pelajar dengan aktiviti kemasyarakatan

  • Merancang dan menjalankan aktiviti berpanduakan KPI  BAPP mengikut Kluaster ditetapkan

Mengurus hal-hal berkaitan bantuan kewangan pelajar

  • Pelajar Kolej Komuniti yang layak akan ditawarkan Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) dan pelajar boleh mendapatkan bantuan kewangan daripada pihak penaja atau pembiayaan lain seperti Yayasan Negeri, Baitulmal, Zakat Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Elaun Khas Pelajar Kelainan Upaya (PKU), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan sebagainya tertakluk kepada peraturan dan syarat. 

  • Pelajar boleh mendapatkan bimbingan daripada Penyelaras Biasiswa mengenai tatacara dan maklumat untuk mendapatkan bantuan kewangan.

Menguruskan dan melaksanakan hal-hal berkaitan aktiviti sukan dan bekerjasama dengan Majlis Sukan Kolej Komuniti (MASKOM)


TAKWIM PERANCANGAN AKTIVITI

Hak Cipta Terpelihara © 2023 Unit Pembangunan Pelajar Kolej Komuniti Tangga Batu

Kolej Komuniti Tangga Batu Kementerian Pendidikan Tinggi