PEGAWAI


PENGENALAN

 

Seseorang pelajar hendaklah mendapatkan skim perlindungan insurans berkelompok. Perlindungan insurans ini bertujuan menyediakan manfaat dalam bentuk bantuan kewangan jika pelajar yang dilindungi meninggal dunia atau menderita keilatan kekal atau kecederaan anggota badan sama ada akibat kemalangan atau penyakit (rujuk polisi insurans)


TUNTUTAN

 

Menguruskan pembayaran insurans berkelompok kepada panel insurans yang dilantik Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti

Mengedarkan polisi insurans kepada para pelajar

Menguruskan dokumentasi tuntutan insurans

Mengemaskini data pelajar berkaitan insurans


TUNTUTAN

 

Kematian 

  • Borang tuntutan yang lengkap diisi

  • Salinan Sijil Kematian

  • Salinan Sijil Penguburan 

  • Salinan Laporan Polis

  • Salinan Kad Pengenalan /Pelajar

  • Salinan Kad Pengenalan Waris

  • Laporan perubatan (post mortem) 

  • Dokumen lain yang dikehendaki

Kecederaan 

  • Borang tuntutan yang lengkap diisi

  • Salinan Kad Pengenalan /Pelajar

  • Salinan Laporan Polis

  • Laporan perubatan

  • Bil-bil perubatan asal

  • Dokumen lain yang dikehendaki


Hak Cipta Terpelihara © 2023 Unit Pembangunan Pelajar Kolej Komuniti Tangga Batu

Kolej Komuniti Tangga Batu Kementerian Pendidikan Tinggi